Pengenalan
Jom Mengaji : Modul 1 (Iqra’ 1) ialah kelas bimbingan berstruktur bermula daripada Iqra’ 1 sehingga anda dapat membacanya dengan yakin. Ini merupakan modul pertama dalam siri Jom Mengaji yang akan diteruskan dengan Iqra’ 2 hingga Iqra’ 6. Bersama, kita akan mengambil selangkah demi selangkah sehingga mampu membaca al-Quran dengan lancar.
Apa yang Akan Anda Pelajari:
- Bimbingan muka demi muka Iqra’ 1
- Pengenalan huruf hijaiyah
- Sebutan huruf yang betul
Sesuai Untuk:
- Pemula yang belum pernah belajar membaca
- Mereka yang ingin bermula dari asas
- Kelas dewasa sahaja: Lelaki & wanita dialu-alukan
Butiran Kelas:
- Tempoh: 5 minggu
- Kekerapan: Sekali seminggu
- Hari/Masa: Setiap Rabu, 8:00 – 9:30 malam
- Tarikh Mula: 3 September 2025
- Platform: Atas talian melalui Zoom
- Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu/English
Yuran: $50/-